Perutusan tahniah kepada Republik Turki

Perutusan tahniah kepada Republik Turki

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Okt – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Turki, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan, kerajaan serta rakyat Republik Turki bersempena dengan Hari Republik Turki.

Dalam perutusan kepada Presiden Erdogan, Baginda melahirkan penghargaan atas persahabatan mesra yang telah dinikmati oleh kedua-kedua buah negara dan rakyat masing-masing.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berharap untuk terus bekerja rapat dengan Tuan Yang Terutama bagi mengukuhkan lagi hubungan yang sungguh bernilai, baik secara dua hala mahupun sebagai rakan kongsi antarabangsa.

Baginda juga berharap semoga Tuan Yang Terutama beroleh kejayaan dalam membuat persiapan bagi Republik Turki menjadi hos kepada Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara Islam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Sidang Kemuncak Kemanusiaan Sedunia di Istanbul tahun hadapan.

Pada mengakhiri titah perutusan tahniah tersebut, Baginda menyampaikan salam muhibah kepada Tuan Yang Terutama.

ARTIKEL YANG SAMA