Perutusan tahniah sempena Hari Pakistan

Perutusan tahniah sempena Hari Pakistan

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mac – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Mamnoon Hussain dan Perdana Menterinya, Tuan Yang Terutama Muhammad Nawaz Sharif sempena menyambut Hari Pakistan.

Dalam titah-titah perutusan tersebut, Baginda merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Mamnoon Hussain dan Tuan Yang Terutama Muhammad Nawaz Sharif sempena menyambut Hari Pakistan, kerajaan serta rakyat Republik Islam Pakistan bersempena sambutan Hari Pakistan.

Baginda juga merakamkan perasaan gembira terhadap hubungan persahabatan dan kerjasama akrab yang dinikmati oleh kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing.

Pada mengakhiri kedua-dua titah perutusan tersebut, Baginda berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan Tuan Yang Terutama Mamnoon Hussain dan Tuan Yang Terutama Muhammad Nawaz Sharif dengan kesihatan, kegembiraan dan kesejahteraan yang berpanjangan serta rakyat Pakistan beroleh kemajuan dan kejayaan.

ARTIKEL YANG SAMA