Perutusan tahniah untuk Perancis

Perutusan tahniah untuk Perancis

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Perancis, Tuan Yang Terutama Francois Hollande serta kerajaan dan rakyat negara itu bersempena dengan Bestille Day.

Dalam perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia sangat menghargai persahabatan mesra dan kerjasama rapat yang dinikmati oleh kedua-dua buah negara terutama dalam bidang tenaga dan pertahanan, serta sumbangan masyarakat Perancis yang bekerja di Brunei.

Baginda yakin bahawa pertalian ini akan terus diperkukuhkan lagi pada tahun-tahun akan datang.

Baginda mengakhiri perutusan tersebut dengan menyampaikan salah muhibah kepada rakyat Republik Perancis semoga menikmati perayaan yang menggembirakan.

Sementara itu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahihbul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdangan juga berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perkembangan Antarabangsa Republik Perancis, Tuan Yang Terutama Laurent Fabius bersempena dengan Bestille Day.

Dalam perutusan tersebut, Duli Yang Teramat Mulia menghargai hubungan dan kerjasama yang telah lama terjalin diantara kedua buah negara, terutamanya dalam sumbangan rakyat Perancis yang ada di Brunei dan akan terus bekerjasama secara dua hala dan melalui perkongsian kedua buah negara dalam pertubuhan –pertubuhan serantau dan antarabangsa.

Duli Yang Teramat Mulia juga berharap kerajaan Perancis akan beroleh kejayaan dalam menghoskan Sesi Persidangan ke 21 Pihak-pihak Yang Terlibat Dalam Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim.

ARTIKEL YANG SAMA