Perutusan tahniah

Perutusan tahniah

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Feb – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menjawat beberapa perutusan tahniah yang telah disembahkan kehadapan Majlis Baginda daripada ketua-ketua negara dan ketua-ketua kerajaan sempena menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-32 Tahun Negara Brunei Darussalam.

Ketua-ketua Negara:

  1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Yang Di-Pertuan Agong Malaysia;
  2. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej, Raja Thailand;
  3. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen Elizabeth II, Queen of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland;
  4. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Qaboos bin Said, Sultan Oman;
  5. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Preah Bat Samdech Preah Boromneath Norodom Sihamoni, Raja Kemboja;
  6. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Willem-Alexander R., King of the Netherlands;
  7. Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam, Presiden Republik Singapura;
  8. Tuan Yang Terutama Benigno S. Aquino III, Presiden Republik Filipina;
  9. Tuan Yang Terutama U Thein Sein, Presiden Republik Kesatuan Myanmar;
  10. Tuan Yang Terutama Md. Abdul Hamid, Presiden Republik Rakyat Bangladesh;
  11. Tuan Yang Terutama Xi Jinping, Presiden Republik Rakyat China;
  12. Tuan Yang Terutama Pranab Mukherjee, Presiden India;
  13. Puan Yang Terutama Park Geun-hye, Presiden Republik Korea;
  14. Tuan Yang Terutama Tsakhia Elbegdorj, Presiden Mongolia;
  15. Tuan Yang Terutama Dr. Hassan Rouhani, Presiden Republik Islam Iran;
  16. Tuan Yang Terutama Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat;
  17. Tuan Yang Terutama Sir Peter Cosgrove AK MC (Retd), Gabenor Jeneral bagi Komanwel Australia;
  18. Tuan Yang Terutama Joachim Gauck, Presiden Republik Persekutuan Jerman;
  19. Tuan Yang Terutama Vladimir Putin, Presiden Persekutuan Rusia;
  20. Tuan Yang Terutama Fancois Hollande, Presiden Republik Perancis;
  21. Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan, Presiden Republik Turki;
  22. Tuan Yang Terutama Michael D. Higgins, Presiden Ireland;
  23. Tuan Yang Terutama Johann N. Schneider-Ammann, Presiden Kesatuan Swiss;
  24. Tuan Yang Terutama Abdelaziz Bouteflika, Presiden Republik Demokratik Rakyat Algeria;
  25. Tuan Yang Terutama Dr. Heinz Fischer, Presiden Federal Republik Austria;
  26. Tuan Yang Terutama Dr. Dragan Covic, Chairman of the Presidency of Bosnia and Herzegovina;

Ketua-ketua Kerajaan:

  1. Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia;
  2. Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Republik Singapura;
  3. Tuan Yang Terutama Jeneral (B) Prayut Chan-o-cha, Perdana Menteri Thailand;
  4. Tuan Yang Terutama Samdech Akka Moha Sena Padei Techo Hun Sen, Perdana Menteri Kemboja;
  5. Puan Yang Terutama Sheikh Hasina, Perdana Menteri Republik Rakyat Bangladesh;

Lain-lain Orang Kenamaan Luar Negeri:

  1. Tuan Yang Terutama Iyad Ameen Madani, Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam; dan

33: Tuan Yang Terutama Dr. Vivian Balakrishnan, Menteri Luar Republik Singapura.

ARTIKEL YANG SAMA