Perutusan takziah kepada Arab Saudi

Perutusan takziah kepada Arab Saudi

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan takziah kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Arab Saudi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud berikutan insiden rempuhan yang berlaku di Mina, hari ini.

Dalam perutusan itu, Baginda meluahkan perasaan sedih mengetahui tentang kehilangan nyawa berikutan daripada insiden berkenaan.

Bagi pihak kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyampaikan ucapan takziah yang amat mendalam kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman, kerajaan dan rakyat Arab Saudi seterusnya perasaan simpati terutamanya kepada ahli-ahli keluarga yang terlibat dalam insiden berkenaan di saat menyambut Hari Raya Aidiladha.

ARTIKEL YANG SAMA