Perutusan takziah kepada Rusia

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar perutusan takziah kepada Presiden Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin atas kehilangan nyawa berikutan nahas pesawat di Daerah Ramensky, Wilayah Moscow.

Dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berasa sedih mengetahui tentang kehilangan nyawa akibat nahas tersebut. Baginda dan kerajaan serta rakyat Negara Brunei Darussalam menyampaikan ucapan takziah dan simpati yang amat mendalam kepada Tuan Yang Terutama Vladimir Putin, kerajaan dan rakyat Persekutuan Rusia terutama kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tersebut.