Perutusan takziah kepada Turki

Perutusan takziah kepada Turki

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Feb – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Turki, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan berikutan letupan bom di Ankara, baru-baru ini.

Dalam titah perutusan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia melahirkan perasaan amat sedih mendengar berita tentang letupan bom tersebut.

Baginda turut mengulangi bahawa Negara Brunei Darussalam berdiri teguh dengan Turki dalam mengutuk tindakan pengganasan tersebut.

Dalam mengakhiri titah perutusan, Baginda menzahirkan ucapan takziah yang amat mendalam kepada Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan dan rakyat Turki terutamanya kepada keluarga yang terlibat dalam kejadian tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA