Perutusan takziah kepada Turki

Perutusan takziah kepada Turki

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jan – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Turki, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan atas serangan pengganas di Istanbul baru-baru ini.

Dalam perutusan takziah Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu, Baginda berasa terkejut mengetahui berita mengenai kejadian serangan pengganas tersebut. Negara Brunei Darussalam bersama-sama negara lain mengutuk serangan berkenaan dan berdiri teguh bersama rakyat Turki dalam menghadapi keadaan yang menyedihkan ini.

Pada mengakhiri titah perutusan takziah itu, Baginda menyampaikan simpati yang amat mendalam kepada Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan.

ARTIKEL YANG SAMA