Perwakilan kedutaan M’sia di Indonesia masak Bubur Lambuk

Perwakilan kedutaan M’sia di Indonesia masak Bubur Lambuk

JAKARTA, 27 Jun (Bernama) – Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia menganjurkan majlis gotong-royong memasak dan mengedar bubur lambuk untuk semua petugas dan kakitangan kedutaan itu di sini hari ini.

Sebanyak 20 anggota Perwakilan Kedutaan itu yang diketuai presidennya, Datin Seri Che Mahani Ismail dan semua ketua jabatan dan kakitangan wanita di kedutaan itu menyertai acara gotong-royong memasak bubur lambuk yang bermula 9 pagi tadi.

Che Mahani yang juga isteri kepada Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, pihaknya menganjurkan majlis memasak bubur lambuk bagi membolehkan semua kakitangan di kedutaan itu menikmati bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa. Katanya, selain itu aktiviti gotong-royong berkenaan juga bertujuan memupuk semangat kekeluargaan dalam kalangan isteri dan kakitangan wanita di kedutaan.

ARTIKEL YANG SAMA