Perwakilan negara sertai persidangan koperasi ASEAN

Perwakilan negara sertai persidangan koperasi ASEAN

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Okt – Kira-kira 600 orang perwakilan koperasi dari negara-negara ASEAN dan Asia menghadiri Persidangan Koperasi Negara-negara Asia Tenggara bertemakan ‘Kepimpinan dan Transformasi Koperasi 2015’ di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Negara Brunei Darussalam turut menghantar perwakilan yang diketuai mantan Pegawai Koperasi Bina, Awang Masri bin Haji Durahim dan dua bekas peserta Kursus Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MCTP) serta enam orang Lembaga Pengarah Koperasi dari Koperasi Kopai Berhad, Tasamul Mukim Lumapas Berhad dan Koperasi Kopem Berhad.

Persidangan anjuran bersama Pertubuhan Koperasi ASEAN (ACO) dan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) selama dua hari itu bertujuan membincangkan hal-hal koperasi, cabaran, kepimpinan dalam mentadbir koperasi, menggalakkan rangkaian kerjasama koperasi ASEAN dan pertukaran maklumat mengenai perkembangan koperasi dalam ASEAN.

Ia dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang turut menyaksikan 14 kertas kerja dibentangkan oleh panel dari Malaysia dan jemputan.

Perwakilan persidangan turut berpeluang meninjau pameran produk hasil keluaran negara-negara ASEAN.

Perwakilan Brunei yang menyertai Persidangan Koperasi ASEAN di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Perwakilan Brunei yang menyertai Persidangan Koperasi ASEAN di Kuala Lumpur baru-baru ini.

ARTIKEL YANG SAMA