Pesaing tunggu Froome di Alpine

Pesaing tunggu Froome di Alpine

DIGNE-LES-BAINS, Perancis, 22 Julai – Pesaing Jelajah Perancis Chris Froome, Nairo Quintana dan Alberto Contador telah memutuskan untuk menyerang pelumba dari Britain itu di Alps.

Pasukan Sky Froome adalah pakar Pyrenees selepas mengatasi pasukan lawan dalam penyudah kemuncak pertama perlumbaan tahun ini.

Quintana di tempat kedua berkata, beliau telah dilatih untuk kuat secara konsisten sepanjang tiga minggu dan beliau dikenali dengan perkembangan menarik pada minggu terakhir Grand Tour.

Dua tahun yang lalu, dalam penyertaan Jelajah pertamanya, Quintana memenangi final peringkat Alpine setelah seminit meninggalkan Froome yang muncul sebagai pemenang Alpe d’Huez.

“Alpine peringkat yang menakjubkan dan kami berharap untuk mendapatkan kembali masa kami yang telah hilang. Saya tidak tahu sama ada kami akan memintas Froome, tetapi kami akan cuba.

Chris Froome bercakap dengan Joaquim Rodriguez (kanan) pada peringkat ke-17 161km Jelajah Perancis dari Digne-les-Bains ke Pra Loup, semalam. – Reuters
Chris Froome bercakap dengan Joaquim Rodriguez (kanan) pada peringkat ke-17 161km Jelajah Perancis dari Digne-les-Bains ke Pra Loup, semalam. – Reuters

“Walaupun pasti memuaskan untuk berada di podium Paris, tetapi matlamat utama kami adalah berusaha untuk merampas jersi kuning.”

Quintana selesai kedua dengan 3 minit 10saat tetapi rakan sepasukan Movistar Alejandro Valverde selesai di tempat keempat dengan 4minit 02saat.

Pelumba Sepanyol itu lebih cenderung untuk berhati-hati dengan angin kerana dia jauh di belakang dan boleh bertindak untuk melindungi Quintana.

Keputusan terbaik Jelajah beliau adalah selesai keempat tahun lepas tetapi pelumba berusia 35 tahun itu menyasarkan keputusan lebih baik kali ini.

“Kami perlu berjuang untuk segala-galanya. Pasti luar biasa untuk selesai kedua atau ketiga tetapi kami mesti memberikan yang terbaik untuk menjadi yang terdahulu Oleh itu, kami akan menyerang apabila ada peluang sama ada semasa mendaki atau menurun.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA