PESAKA sertai Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa Sabah ke-10

PESAKA sertai Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa Sabah ke-10

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Rombongan seramai 25 orang ahli Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) kini berada di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, bagi menyertai Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa Sabah ke-10, yang bermula hari ini hingga 17 Ogos depan.

Rombongan yang terdiri daripada lapan ahli jawatankuasa penyelenggara dan 17 orang peserta, diketuai oleh Yang Dipertua PESAKA, Awang Ahanapi bin Haji Mahadi.

Ini merupakan kali keempat PESAKA menyertai festival berkenaan selepas terlibat pada tahun 2007, 2009 dan 2012.

Pada pesta berkenaan, peserta PESAKA akan mengikuti persembahan perarakan, persembahan utama dan pertandingan kebudayaan, di mana mereka akan mempersembahkan adat perkahwinan orang Tutong dan persembahan tarian.

Pesta berkenaan turut disertai para peserta dari 18 buah negara di seluruh dunia.

Gambar ramai rombongan PESAKA yang mengikuti Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa Sabah ke-10.
Gambar ramai rombongan PESAKA yang mengikuti Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa Sabah ke-10.

ARTIKEL YANG SAMA