Pesakit Ebola terakhir keluar hospital

Pesakit Ebola terakhir keluar hospital

FREETOWN, 25 Ogos (AFP) – Pesakit Ebola terakhir Sierra Leone dibenarkan keluar dari hospital semalam, sekali gus meningkatkan harapan negara Afrika barat itu akhirnya berjaya menumpaskan wabak maut berkenaan.

Presiden Ernest Bai Koroma memuji pencapaian itu dengan menganggapnya sebagai “permulaan berakhirnya Ebola di Sierra Leone” tatkala Adama Sankoh, 34, dibenarkan keluar daripada hospital di Makeni, bandar ketiga terbesar negara itu.

Dengan tiada sebarang kes baru dilaporkan dalam tempoh dua minggu, Sierra Leone menyertai jirannya Liberia dalam pengiraan detik untuk diisytiharkan bebas daripada Ebola, dengan Guinea hanya satu-satunya negara di mana masih ada rakyatnya menderita kerana penyakit maut berkenaan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata sesebuah negara boleh diisytiharkan bekas Ebola selepas 42 hari kes terakhir yang disahkan diuji negatif dua kali bagi virus terbabit.