Pesakit guna Facebook cari doktor hilang

Pesakit guna Facebook cari doktor hilang

PERANCIS, 20 Jan – Komuniti di kawasan luar bandar Burkina Faso terpaksa menggunakan Facebook untuk berusaha membebaskan doktor veteran Australia dan isterinya yang diculik ahli rangkaian al-Qaeda pada hujung minggu lalu.

Bandar Djibo terletak jauh di utara Burkina Faso dan berdekatan Mali membuka akaun Facebook berikutan penculikan ‘doktor orang miskin’, Dr Ken Elliot dan isterinya, Jocelyn pada malam 15-16 Januari lalu.

Pasangan veteran dari Perth itu telah tinggal di wilayah itu hampir 40 tahun yang mengusaha klinik 120 katil, satu-satunya kemudahan perubatan yang ada disana. – AFP