Pesakit MERS didiagnosis semula

Pesakit MERS didiagnosis semula

SEOUL, 13 Okt – Seorang lelaki Korea Selatan yang dipercayai sembuh dari Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) telah didiagnosis semula dengan virus boleh membawa maut itu, menurut para pegawai kesihatan hari ini.

Diagnosis itu memberi tamparan hebat kepada harapan Seoul untuk diisytiharkan bebas dari penyakit yang telah menjangkiti 186 orang di Korea Selatan, dengan 36 orang telah meninggal dunia, sejak letusannya pada Mei lalu.

Lelaki berusia 35 tahun itu pada awalnya didiagnosis pada Mei, dan dibenarkan keluar dari hospital pada 3 Oktober setelah dua kali diuji negatif bagi virus itu.Tetapi dia dimasukkan semula ke hospital kerana mengalami demam pada Ahad lalu dan didiagnosis mengalami MERS semalam, menurut kenyataan kementerian kesihatan.

Para pegawai berkata para doktor telah mengesan gen virus itu dalam sistemnya, tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada itu adalah kes baru atau jika jangkitan sebelumnya telah kembali. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA