Pesakit MERS Thailand disahkan pulih

Pesakit MERS Thailand disahkan pulih

BANGKOK, 29 Jun (dpa) – Seorang lelaki warga Oman berusia 75 tahun yang merupakan pesakit tunggal Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) di Thailand sudah pun pulih, menurut para pegawai kesihatan hari ini.

Kementerian Kesihatan Awam berkata ujian terbaru ke atas pesakit tersebut menunjukkan beliau sudah negatif daripada virus MERS. Lelaki terbabit akan dibenarkan keluar daripada kuarantin dan akan dipantau dari dekat, kata Sophon Mekthon, ketua kawalan penyakit kementerian berkenaan.

Sophon juga berkata semua orang yang pernah mempunyai hubungan dengan pesakit berkenaan sudah pun dikenal pasti dan kementerian sedang membuat pemantauan ketat ke atas 36 orang terbabit.

ARTIKEL YANG SAMA