Pesalah dadah terima hukuman

Pesalah dadah terima hukuman

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160906_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Sept – Gara-gara mengambil dadah untuk suka-suka, seorang lelaki tempatan dijatuhi empat tahun penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Mohamad bin Haji Ibrahim, 47, mengaku bersalah di hadapan Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli kerana mengambil Methamphetamine pada 10 Jun 2015. Tertuduh sebelum ini melakukan kesalahan yang sama pada tahun 1993 dan 2004.

Dalam bilik mahkamah yang sama, seorang wanita penduduk tetap dan seorang lelaki tempatan, masing-masing dijatuhi denda $1,500 atas kesalahan mengambil dadah.

Mazinah binti Ismail, 36, dan Awangku Mohd Ibnu bin Pengiran Haji Othman, 26, diberi tempoh tiga bulan oleh Ketua Hakim untuk membayar denda itu, dan jika gagal akan berdepan tiga bulan penjara. Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Narkotik, Norizanullah binti Haji Awang Jaya.

ARTIKEL YANG SAMA