Pesalah ke-71 di Arab Saudi dihukum mati

Pesalah ke-71 di Arab Saudi dihukum mati

RIYADH, 8 Mac (AFP) – Arab Saudi hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang rakyatnya yang disabit bersalah atas pengedaran dadah, membawa bilangannya kepada 71 warga tempatan dan asing dihukum mati tahun ini.

Abdullah Rouwaili telah didapati bersalah mengedar amphetamines dan dihukum mati di utara rantau Tabuk, menurut kementerian dalam negeri.

Kebanyakan orang yang dihukum mati itu telah dipancung menggunakan pedang.

Sebanyak 71 pelaksanaan hukuman mati sejauh ini termasuk 47 daripadanya dilakukan atas kesalahan ‘pengganasan’ yang dilaksanakan dalam masa sehari pada 2 Januari.