Pesalah kes kad kredit palsu akur hukuman penjara 6 tahun

Pesalah kes kad kredit palsu akur hukuman penjara 6 tahun

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_151212_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Dis – Seorang lelaki Malaysia yang berdepan enam tahun penjara terpaksa ‘akur’ dengan keputusan Mahkamah Tinggi apabila rayuannya supaya tempoh hukumannya dikurangkan masih menyamai hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Perantaraan.

Wong Ching Wei, 22, dijatuhi enam tahun penjara oleh Mahkamah Perantaraan pada 28 Februari 2015 selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan dan memiliki kad kredit palsu.

Hakim John Barry Mortimer, Hakim Leonard dan Hakim Burrel yang meneliti semula hukuman defendan telah membuat semakan tempoh hukuman yang sesuai untuk defendan bagi setiap pertuduhan namun mendapati hukuman yang diputuskan menyamai hukuman yang dijatuhkan sebelum ini.

Defendan tiba di negara ini pada 13 Januari 2015 di mana dia dibekalkan dengan sejumlah kad kredit palsu. Dia diarahkan untuk membeli ‘barang berharga’ di negara ini untuk dibawa pulang ke Malaysia dan akan diberi komisen.

Defendan telah membeli iPhone 6 menggunakan kad kredit palsu di salah sebuah kedai telefon bimbit di Gadong.

Perbuatannya berjaya dihidu apabila pihak bank menerima amaran mengenai aktiviti itu.

Defendan berjaya diberkas oleh pihak polis di lapangan terbang ketika hendak meninggalkan negara ini pada hari yang sama.

ARTIKEL YANG SAMA