Pesalah pasport bayar denda $2,000

Pesalah pasport bayar denda $2,000

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_161017_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Seorang wanita warga Malaysia terlepas daripada menjalani penjara dua bulan selepas membayar denda $2,000 yang dijatuhi Mahkamah Majistret, semalam, atas kesalahan menggunakan pasport milik orang lain.

Loretta Lo, 22, didakwa menggunakan pasport milik orang lain ketika hendak berlepas dari kaunter Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh, Kuala Belait pada 14 Oktober 2016.

Dia didakwa oleh Pegawai Pendakwa Imigresen di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport, Bab 146 yang boleh dikenakan denda $10,000 dan penjara lima tahun.

Perbuatan tertuduh menggunakan pasport orang lain itu disedari oleh pegawai imigresen yang bertugas apabila menyedari muka tertuduh tidak sama dengan gambar yang tertera dalam pasport.

Siasatan mendapati tertuduh baru sahaja bekerja di Brunei sejak 12 Oktober 2016 dan pasportnya telah diberikan ke Jabatan Imigresen oleh majikannya untuk tujuan mengendors ‘pas kerja’.

Tertuduh mengaku menggunakan pasport rakannya untuk pulang ke Miri selepas menerima pesanan melalui WhatsApp dari keluarganya yang memaklumkan bahawa neneknya telah meninggal dunia.

ARTIKEL YANG SAMA