Pesalah remaja dihukum gantung

Pesalah remaja dihukum gantung

KARACHI, 4 Ogos (AFP) – Pakistan menghukum mati seorang pembunuh anak kecil hari ini, mengetepikan bantahan daripada kumpulan hak asasi yang mana pengakuannya berdasarkan oleh penyeksaan dan dia masih seorang remaja ketika jenayah itu berlaku.

Shafqat Hussain telah dihukum gantung sebelum subuh di penjara Karachi atas kesalahan membunuh seorang kanak-kanak lelaki di bandar tersebut pada 2004, iaitu adiknya, pegawai rasmi penjara memberitahu AFP.

Kes tersebut mendorong kebimbangan antarabangsa, menarik perhatian bantahan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), apabila peguamnya dan ahli keluarganya memberitahu dia hanya berusia 15 tahun ketika waktu pembunuhan itu dan telah diseksa untuk membuat pengakuan yang tidak betul.

Di Muzaffarabad, bandar utama yang ditadbir oleh Pakistan sebahagian dari Kashmir, keluarganya dalam keadaan bingung. “Kenapa mereka perlu menghukum gantung adik saya yang tidak bersalah, hanya kerana kami miskin?” kata kakaknya Sumaira Bibi, menepuk dadanya sambil menangis.

Ibunya Makhni Begum, kelihatan berair mata, terpaku dengan beritahu pelaksanaan hukuman itu selepas melihat anaknya diberi tempoh dari pelaksanaan itu empat kali sejak Januari.

Abdul Majeed abang kepada Shafqat Hussain duduk dalam ambulan di tepi adiknya setelah hukuman gantung dijalankan. – Reuters
Abdul Majeed abang kepada Shafqat Hussain duduk dalam ambulan di tepi adiknya setelah hukuman gantung dijalankan. – Reuters

“Anak saya tidak bersalah, hanya Allah saja yang boleh membuktikan dia tidak bersalah dalam mahkamahnya,” dia memberitahu AFP.

“Kami tidak boleh berbuat apa-apa tetapi mereka (pelaksana) akan berdepan Allah pada hari pengadilan.”

Pakar hak asasi PBB mengatakan perbicaraan Hussain “tidak menepati taraf antarabangsa” dan menggesa Pakistan untuk tidak menggantungnya tanpa menyiasat dakwaan dia mengaku atas sebab penyeksaan, dan juga umurnya.

Menambah kepada kebimbangan itu, selepas menerima mayatnya, adik-beradik Hussain mendakwa pelaksanaan hukuman gantung itu tidak dijalankan secara betul.

“Terdapat kesan luka pada lehernya dan separuh dari lehernya terpisah dari badannya,” abangnya Abdul Majeed memberitahu AFP.

ARTIKEL YANG SAMA