Pesalah rogol dijatuhi hukuman 9 tahun penjara

Pesalah rogol dijatuhi hukuman 9 tahun penjara

BRISBANE, Australia, 25 Mei – Seorang lelaki Australia yang telah menculik, memberi dadah dan merogol seorang pengembara Jerman telah dijatuhi hukuman sembilan tahun penjara hari ini terhadap serangan yang menyamai dengan filem seram Australia ‘Wolf Creek’.

Peter Van de Wetering, 48, sebelum ini mengaku bersalah atas pelbagai tuduhan termasuk merogol dan penculikan pada Ogos 2013 atas serangan terhadap seorang wanita yang berusia 19 tahun dua minggu selepas beliau (mangsa) tiba di Australia, tempat yang ingin dilawati mangsa. – AP

ARTIKEL YANG SAMA