Pesalah seludup minyak, rokok, hati buyah didenda

Pesalah seludup minyak, rokok, hati buyah didenda

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Feb – Mahkamah Majistret memberi tempoh tiga bulan ke atas seorang lelaki warga tempatan untuk membayar denda $900 berhubung kesalahan memiliki rokok dan minuman keras yang tidak diisytiharkan.

Terdahulu, Muhammad Ali bin Abdullah, 26, mengaku bersalah di hadapan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid atas dakwaan memiliki dua karton rokok dan 24 tin minuman keras ketika ditahan oleh pegawai kastam di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 31 Oktober 2015.

Jika gagal membayar denda itu, dia akan dikenakan sebulan penjara.

Dalam bilik mahkamah yang sama, seorang lelaki warga tempatan dijatuhi denda $10,000 atau berdepan 10 bulan penjara jika gagal membayar atas pertuduhan cuba membawa keluar 164.38 liter minyak diesel.

pg06_160202_mahkamah logo

Awang Roslani bin Mokhsin, 30, mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di Pos Kawalan Ujong Jalan, Temburong pada 9 Ogos 2014.

Fakta kes menyebut, pegawai kastam menemui enam tong plastik berisi minyak diesel, dan dia mengaku membelinya di Stesen Minyak Bangar untuk dijual di Limbang.

Sementara itu, seorang lagi lelaki warga Malaysia juga dijatuhi denda $5,000 atau berdepan 10 bulan penjara jika gagal membayar denda atas pertuduhan memiliki hati buyah dan sayap ayam yang tidak diisytiharkan.

Wong Koh Ong, 39, mengaku bersalah melakukan kesalahan itu ketika ditahan oleh pegawai pencegah kastam dan pegawai dari Unit Kawalan Makanan Halal pada 31 Januari 2016 di kawasan Jalan Binglu, RPN Kampung Tanah Jambu.

Dia didapati memiliki 111.30 kilogram hati buyah dan 636 kilogram sayap ayam di dalam keretanya.

Semasa siasatan, dia memberitahu kesemua barang makanan itu adalah milik ‘Mok’ di mana dia dibayar $120 untuk menghantarnya.

ARTIKEL YANG SAMA