Pesalah senjata berbahaya dibenar ikat jamin

Pesalah senjata berbahaya dibenar ikat jamin

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160518_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei – Mahkamah Majistret, hari ini, membenarkan seorang lelaki tempatan yang berdepan dakwaan memiliki senjata berbahaya untuk dilepaskan atas ikat jamin.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli membenarkan Shamsul Bahri bin Abdullah, 43, dilepaskan dengan ikat jamin $5,000 atau seorang penjamin tempatan.

Dia berdepan pertuduhan memiliki senjata tajam berdekatan Jalan McArthur, pada 12 Mei 2016 sekitar jam 6:45 pagi, dan didakwa di bawah Akta Ketenteraman Awam yang memperuntukkan hukuman penjara sekurang-kurangnya setahun dan maksimum 10 tahun, dan sebat tidak kurang daripada tiga sebatan.

Ketua Majistret turut menguatkuasakan perintah berkurung bagi tertuduh iaitu dari jam 7 malam hingga 7 pagi selain mengarahkannya untuk melaporkan diri ke Balai Polis Pusat sekali seminggu dan tidak melakukan kesalahan sepanjang tempoh ikat jamin.

Kes akan disebut semula pada 2 Jun.

ARTIKEL YANG SAMA