Pesambah dan doa tanda kasih rakyat

Pesambah dan doa tanda kasih rakyat

Oleh Yusrin Junaidi, Mazlina MD & Sim Y.H

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Pelbagai cara dizahirkan oleh rakyat negara ini untuk menyatakan rasa bangga dan

kecintaan terhadap pemimpin kesayangan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui’zzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kerana bukan mudah untuk menatap, bersalaman dan malahan berinteraksi dengan raja berjiwa rakyat ini.

Majlis Bercemar Duli dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia adalah satu cara untuk mendekati Baginda Sultan, sekali gus menyampaikan pesambah dan mendoakan Baginda.

Sempena majlis itu yang berlangsung di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong hari ini, wartawan Media Permata berkesempatan menemu bual beberapa orang warga emas dan wakil persatuan menyembahkan pesambah khas buat Baginda Sultan antaranya, Tan Kuan Moi dari Sekolah Menengah Tanjung Maya yang pesambahnya merupakan lukisan wajah Kebawah Duli Yang Maha Mulia hasil ciptaannya sendiri.

Beliau melahirkan rasa gembira kerana dapat menghadiahkannya kepada Baginda Sultan.

Haji Tabit merasa amat bersyukur kerana dapat meraikan Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda Sultan.
Haji Tabit merasa amat bersyukur kerana dapat meraikan Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda Sultan.
Sulang Setangah Gantang yang dipersembahkan oleh Haji Sigai kepada Baginda Sultan.
Sulang Setangah Gantang yang dipersembahkan oleh Haji Sigai kepada Baginda Sultan.
Dayang Puteh turut menyatakan ribuan terima kasih atas keprihatinan Baginda Sultan.
Dayang Puteh turut menyatakan ribuan terima kasih atas keprihatinan Baginda Sultan.
Guru dari Bahagian Rekaan dan Seni Sekolah Menengah Tanjung Maya mempersembahkan pesambah sebuah lukisan hasil ciptaan beliau sendiri.
Guru dari Bahagian Rekaan dan Seni Sekolah Menengah Tanjung Maya mempersembahkan pesambah sebuah lukisan hasil ciptaan beliau sendiri.

Manakala perkakasan lama digelar Sulang Setangah Gantang merupakan pesambah khas daripada warga emas Kampung Sinaut, Haji Sigai bin Haji Ghani yang turut melahirkan rasa gembira berkesempatan menghadiri majlis ramah mesra itu sekali gus menyampaikan pesambah istimewa itu.

Awang Sahari bin Haji Tinggal daripada Persatuan 7 Rumpun Keluarga Nayan pula memanjatkan rasa syukur berkesempatan meraikan Hari Puja Usia ke-69 Kebawah Duli yang Maha Mulia dan tahun ini, persatuan itu mempersembahkan lagu berjudul Puja Usia sebagai pesambah khas kepada Baginda Sultan, menunjukkan betapa kumpulan itu amat menyayangi dan prihatin terhadap pemimpin berjiwa rakyat dan amat dikasihi ini.

Warga emas Tutong, Dayang Puteh binti Haji Paya pula mengucapkan ribuan terima kasih kepada Baginda Sultan atas pemedulian Baginda ke atas rakyatnya khususnya terhadap orang-orang kurang upaya terutamanya dalam kurnia dan perubatan secara percuma kepada mereka.

Begitu juga dengan Haji Tabit bin Haji Mohd Nor, 87, dari Kampung Bakiau, Tutong yang memanjatkan doa kesyukuran kerana dapat menatap wajah Baginda Sultan sekali lagi dan berharap jika dipanjangkan usia, tahun hadapan mahu bersua lagi dengan wajah raja berjiwa rakyat yang dikasihi dan dihormati ini.

ARTIKEL YANG SAMA