Pesara Jabatan Pertanian dan Agrimakanan diraikan

Pesara Jabatan Pertanian dan Agrimakanan diraikan

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mei – Seramai 23 mantan pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan yang bersara telah diraikan di majlis perpisahan dan penghargaan yang diselajurkan dengan majlis doa selamat di Restoran Tarindak d’ Seni, Pusat Latihan Kesenian dan Kraf Tangan, Jalan Residency di ibu negara, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, Hajah Aidah binti Haji Mohd Hanifah.

Turut hadir ialah pemangku timbalan pengarah, penolong-penolong pengarah, para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan serta pesara-pesara yang diraikan.

Majlis diadakan bagi mengucapkan selamat bersara dan menyatakan penghargaan serta terima kasih pihak jabatan atas perkhidmatan kesemua mantan pegawai dan kakitangan jabatan yang menamatkan perkhidmatan pada tahun 2013, 2014 dan 2015.

Hajah Aidah menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada salah seorang pesara.
Hajah Aidah menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada salah seorang pesara.
Gambar ramai mantan pegawai dan kakitangan bersama Pengarah Pertanian dan Agrimakanan di majlis perpisahan dan penghargaan berkenaan.
Gambar ramai mantan pegawai dan kakitangan bersama Pengarah Pertanian dan Agrimakanan di majlis perpisahan dan penghargaan berkenaan.

Majlis seumpama ini merupakan salah satu daripada aktiviti sosial yang diungkayahkan oleh jabatan berkenaan bagi mengenang serta menghargai jasa dan perkhidmatan mantan pegawai-pegawai dan kakitangan yang telah bersara, sekali gus untuk kecemerlangan pegawai dan kakitangannya yang sedang mencurahkan bakti mereka pada masa ini.

ARTIKEL YANG SAMA