Pesara TLDB berkumpul semarakkan Ramadan

Pesara TLDB berkumpul semarakkan Ramadan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI EBGAWAN, 12 Julai – Lebih 80 orang bekas anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) berkumpul di majlis membaca Surah Yasin, tahlil dan doa arwah bagi ahli TLDB yang telah kembali ke rahmatullah, yang berlangsung di Surau TLDB, Muara, baru-baru ini.

Hadir di majlis itu ialah mantan-mantan Pemerintah TLDB iaitu Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Mohd Jaafar bin Haji Abdul Aziz, Pehin Datu Juragan Laila Diraja Kolonel (B) Dato Seri Pahlawan Haji Kifli bin Haji Razali dan Pehin Datu Panglima Kolonel (B) Dato Paduka Haji Abdul Jalil bin Haji Ahmad,

Majlis yang julung-julung kalinya diadakan itu dimulakan degan solat fardu Zuhur berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Yasin sebelum diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa arwah.

Acara turut diisi dengan sesi bergambar ramai sebelum ditutup dengan beramah mesra.

Menurut salah seorang bekas anggota TLDB, PW1 (B) Mohd Amin bin Haji Nudin majlis itu merupakan wadah mengeratkan silaturahim bagi semua bekas anggota yang pernah bertugas di TLDB.

pg10_150713_b

pg10_150713_a

“Kami sangat gembira untuk melihat sahabat-sahabat seperjuangan kami masih lagi mampu untuk meluangkan masa untuk bertemu semula rakan taulan yang sudah bertahun lama tidak kedengaran beritanya,” ujarnya kepada Media Permata.

Menurutnya lagi, majlis itu merupakan jalan pertama untuk mereka memperbanyakkan lagi perkumpulan semula dan merancang akan membuat acara yang sama pada tahun-tahun mendatang.

ARTIKEL YANG SAMA