PESATU, BASKIM adakan malam Dikir Maulud

PESATU, BASKIM adakan malam Dikir Maulud

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 22 Dis – Kumpulan Dikir Wanita Persatuan Saudara-Saudara Baru (PESATU) tidak ketinggalan dalam sama-sama menyemarakkan sambutan Maulud Nabi dengan mengimarahkan Surau Bangunan PESATU di Jalan Kampung Lubok Pulau, Tutong dengan gema dikir, semalam.

Turut hadir bersama lebih 20 orang ahli kumpulan berkenaan ialah Setiausaha Agung PESATU, Hajah Rohaidah Anizah binti Muhd Kamsani.

Kumpulan dikir berkenaan mula ditubuhkan pada tahun 2000 dan bergiat aktif dalam acara berdikir di beberapa majlis pengislaman dan majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, mandi belawat dan banyak lagi.

BASKIM turut mengadakan Dikir Maulud di rumah Penasihat BASKIM, Kampung Kiudang.
BASKIM turut mengadakan Dikir Maulud di rumah Penasihat BASKIM, Kampung Kiudang.

Sementara itu, Badan Kebajikan Saudara-saudara Baru Kampung Kiudang (BASKIM), baru-baru ini, turut mengadakan aktiviti dikir Maulidur Rasul bertempat di rumah Penasihat BASKIM, Haji Umarali bin Esong, di Kampung Kiudang.

Tiga buah rumah ikut serta acara dikir rumah ke rumah berkenaan yang diadakan pada 14, 16, dan 20 Disember 2015 lalu, yang mana aktiviti tersebut merupakan aktiviti tahunan BASKIM.

Majlis pada malam itu turut meraikan seorang puak dusun yang telah memeluk agama Islam pada tahun ini dan meraikan salah seorang ahli BASKIM yang baru melahirkan anak damit.

Doa dikir dan doa selamat dibacakan oleh Haji Saifulbahri bin Haji Umarali selaku pengerusi majlis.

ARTIKEL YANG SAMA