Pesatuan Pengadil imarahkan Ramadan

Pesatuan Pengadil imarahkan Ramadan

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Julai – Dalam sama-sama mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia penuh keberkatan ini, Persatuan Pengadil Bolasepak Negara Brunei Darussalam turut tidak melepaskan peluang mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doanya.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis aktiviti tahunan persatuan berkenaan yang khusus untuk para bekal ahli persatuan berkenaan yang sudah terlebih dahulu kembali ke rahmatullah itu ialah Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD), Yang Dimuliakan Pehin Datu Inderasugara Brigadier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Mohd Yusof bin Abu Bakar.

Majlis penuh berkebajikan itu telah turut diserentakkan dengan penyampaian derma khairat kepada Mohd Wissmawi bin Awang Aji di atas kembali kerahmatullah ibunya baru-baru ini, yang disampaikan oleh Pengerusi Pengadil, Jabatan Pengadil NFABD, Abdul Halim bin Haji Matussin.

Majlis diteruskan dengan bersungkai bersama dan Solat Fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan Awang Alinor bin Md Nudin. Turut menghadiri majlis tahunan bagi menyemarakkan bulan Ramadan dengan pengisian aktiviti penuh bermanfaat dan bagi mengeratkan silaturahim di kalangan ahli persatuan berkenaan ialah Setiausaha Agung NFABD, Haji Zambri bin Dato Paduka Haji Hamdani. Hadir sama ialah Ketua Jabatan Pengadil NFABD serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan para ahli Persatuan Bolasepak Negara Brunei Darussalam.

YDM Pehin Timbalan Presiden NFABD (dua dari kiri) dan para hadirin yang lain pada majlis anjuran Persatuan Pengadil Bolasepak NBD berkenaan.
YDM Pehin Timbalan Presiden NFABD (dua dari kiri) dan para hadirin yang lain pada majlis anjuran Persatuan Pengadil Bolasepak NBD berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA