Pesawat Air France diarah dikosongkan di Amsterdam

Pesawat Air France diarah dikosongkan di Amsterdam

PARIS, 15 Nov (AFP) – Sebuah pesawat Air France dari Amsterdam ke ibu kota ini dikosongkan di Lapangan Schiphol, Amsterdam selepas pihak berkuasa menerima ancaman menerusi Twitter.

Seorang jurucakap polis tentera Belanda, Dennis Muller, berkata pesawat Air France 1741 dijangka berlepas jam 2:45 petang waktu tempatan namun dikosongkan sejurus sebelum itu.

Seorang jurucakap syarikat penerbangan itu berkata pesawat sepatutnya membawa 85 penumpang dan enam kru di dalamnya.

Polis kini sedang menggeledah pesawat Airbus A320 itu. Pihak berkuasa dalam keadaan berjaga-jaga selepas sekurang-kurangnya 128 orang maut dalam serangan senjata dan bom malam kelmarin di ibu kota ini. Militan Kumpulan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab.