Pesawat Airbus Perancis nyaris terlanggar dron

Pesawat Airbus Perancis nyaris terlanggar dron

PARIS, 4 Mac (Reuters/AFP) – Jet A320 Airbus Perancis hampir-hampir bertembung dengan sebuah dron semasa hendak mendarat di lapangan terbang Charles de Gaulle Paris bulan lalu, kata agensi siasatan penerbangan Perancis, BEA.

Pesawat itu yang dalam penerbangannya dari Barcelona pada 19 Februari dan terbang pada ketinggian 5,500 kaki apabila juruterbang bersama ternampak dron tersebut.

Dia kemudian melepaskan gear alat pandu automatik dan melakukan pengemudian mengelak semasa memberitahu kapten mengenai kehadiran dron tersebut, kata BEA dalam laman webnya.

Dron itu hanya melepasi hanya kira-kira lima meter di bawah sayap kiri pesawat udara berkenaan, menurut agensi, mengklasifikasikan insiden itu sebagai ‘serius’.

Namun siasatan masih lagi diteruskan.

Ia tidak memberi butiran lain mengenai bilangan penumpang yang berada di dalamnya mahupun saiz dron. A320 boleh memuatkan sekitar 160 penumpang.

Kumpulan industri penerbangan IATA memberi amaran bulan lalu bahawa dron awam semakin ‘menjadi ancaman sebenar’ kepada keselamatan penerbangan komersial.

Pada lewat 2014, Perancis telah dilanda beberapa siri penerbangan dron misteri di atas kilang nuklear Perancis.