Pesawat amfibia terhempas

Pesawat amfibia terhempas

SHANGHAI, 20 Julai – Sebuah pesawat amfibia telah terhempas di jambatan lebuh raya di pinggir pusat komersial Shanghai hari ini, mengorbankan lima orang dan mencederakan lima lainnya, menurut kerajaan bandar itu dan media setempat.

Pesawat itu, yang dimiliki oleh Penerbangan Joy General, berlepas menuju ke kejiranan wilayah Zheijang bersama 10 orang penumpang termasuk krew kapal, apabila ia terhempas sebuah jambatan di daerah JInshan selepas waktu tengah hari, kerajaan Shanghai berkata dalam satu keterangan.

Gambar-gambar yang disiarkan dalam talian oleh platform media Shanghai “The Paper” menunjukkan pesawat itu dengan muncungnya pada jambatan dan ekor pesawatnya berada dalam air.

Kerajaan setempat berkata yang berada dalam penerbangan termasuk juruterbang, pembantu juruterbang dan lapan penumpang namun tidak mengenal pasti mereka. Para penumpang termasuk para pemberita yang melaporkan bagi percubaan penerbangan itu, pesawat seumpama itu yang digunakan oleh syarikat, akhbar Shanghai Daily menyatakan.

Sebuah kapal amfibia melanggar jambatan di Shanghai. – AFP
Sebuah kapal amfibia melanggar jambatan di Shanghai. – AFP

Pengendali, yang terbang dari pangkalan di Zheijang, menamakan mereka sebagai syarikat penerbangan pertama di China yang menggunakan pesawat amfibia. Ia menawarkan penerbangan jarak dekat bagi para pelancong menuju ke pulau-pulau berdekatan dan juga lawatan bersiar-siar dan sewa.

Pesawat itu dikenal pasti oleh media setempat sebagai Cessna 208B, sejenis pesawat yang menggunakan apungan berbanding gear pendaratan.

Dalam pada itu, Textron Aviation, pencipta pesawat Cessna, melahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

“Textron Aviation sedar akan kemalangan yang membabitkan Cessna Caravan yang dikendalikan oleh Joy Air yang mengakibatkan kehilangan jiwa di Jinshan, Shanghai hari ini,” katanya dalam satu keterangan kepada AFP.

“Kami menawarkan rasa simpati kami kepada ahli-ahli keluarga yang telah kehilangan orang kesayangan mereka; doa kami bersama dengan kesemua yang terjejas dalam kejadian tragik ini.” – AFP