Pesawat AS tiba bagi misi latihan

Pesawat AS tiba bagi misi latihan

MANILA, 16 Jun (AFP) – Pesawat pejuang Amerika Syarikat (AS) telah tiba di Filipina bagi satu misi latihan dan operasi untuk memastikan akses ke Laut China Selatan yang dipertikaikan, menurut Tentera Laut AS hari ini.

Sekutu lama Filipina menghantar pesawat udara bagi melatih juruterbang Filipina ketika Manila masih lagi terkunci dalam pertikaian maritim tegang bersama Beijing.

Tentera Laut AS membuat rujukan tersembunyi yang digelar kebebasan operasi navigasi yang mana Washington menghantar sebuah kapal atau pesawat untuk melintasi pulau yang dituntut China untuk menolak dakwaan kedaulatan.

“Pesawat udara yang bingit itu akan mendukung operasi rutin yang memperbaharui domain kesedaran maritim serantau memastikan akses kepada domain udara dan maritim berdasarkan dengan undang-undang antarabangsa,” kata Tentera Luat AS dalam satu kenyataan, merujuk kepada pesawat penyerang elektronik udara EA-18G Growler.

Manila telah meningkatkan hubungan pertahannya dengan Amerika Syarikat, bekas pemerintah kolonial, untuk membantu meningkatkan keupayaannya mempertahankan wilayahnya.

Filipina juga menghoskan detasemen sementara pada bekas pangkalan udara AS, Clark, yang jauhnya dua jam memandu ke utara Manila.

Detasemen Amerika terdiri daripada empat pesawat udara dan sekitar 120 kakitangan, yang akan tiba sebulan lagi selepas latihan perang tahunan bersama Filipina.

Jurucakap Pasukan Udara Filipina, Kolonel Araus Robert Musico memberitahu AFP bahawa misi itu tidak ditujukan kepada mana-mana negara namun akan meningkatkan kapasiti salah satu pasukan bersenjata yang paling lemah di Asia.

“Kebaikannya kepada kami adalah kami boleh bekerjasama dengan pasukan tentera AS. Kami juga melakukan banyak misi bantuan kemanusiaan dan bencana, bagaimana untuk memberi respons apabila berlakunya bencana di laut terbuka,” ujarnya.

ARTIKEL YANG SAMA