Pesawat boeing baru Malindo Air

Pesawat boeing baru Malindo Air

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) – Malindo Air dijangka menerima serahan pesawat Boeing ke-16 bulan depan, mengakhiri tahun ini dengan beberapa kejayaan di samping pengumuman laluan baharu ke Australia, China dan destinasi lain di Asia.

Syarikat penerbangan hibrid Malaysia itu menerima pesawat Boeing ke-15 pada Rabu dengan nombor pendaftaran 9M-LNV, yang tiba di Subang Skypark dari Seattle, Amerika Syarikat.

“Pesawat baharu itu akan beroperasi di laluan serantau kerana syarikat menumpukan untuk mengembangkan rangkaian laluannya di peringkat antarabangsa tahun ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Chandran Rama Muthy dalam satu kenyataan hari ini.

pg19_151030_b

Beliau berkata permintaan bagi syarikat penerbangan itu untuk menyambung destinasi-ke-destinasi antara bandar dan laluan yang belum dimanfaatkan di Asia Tenggara akan dapat menarik kedatangan lebih ramai pelancong ke rantau ini dan ke negara ini.

Dengan ketibaan pesawat Boeing Ke-15 itu menjadikan jumlah kesemua pesawat Malindo Air sebanyak 26, termasuk 11 pesawat turboprop ATR.

ARTIKEL YANG SAMA