Pesawat dilencongkan selepas ancaman bom

Pesawat dilencongkan selepas ancaman bom

TORONTO, 22 Nov (AFP) – Sebuah pesawat Turkish Airlines yang dalam penerbangan dari New York ke Istanbul dilencongkan ke Kanada berikutan ancaman bom, menurut polis hari ini.

The Royal Canadian Mounted Police (RCMP) menyatakan pesawat yang membawa 256 penumpang dan kru itu selamat mendarat di sebuah lapangan terbang di Halifax.

Secara berasingan, lapangan terbang Halifax dalam laman sosial tweet menyatakan bahawa pemindahan daripada 256 penumpang dan anak kapal penerbangan ke terminal berjalan dengan lancar dan semua selamat.

Pihak polis kemudiannya berusaha untuk mengesan bahan letupan itu dengan menggunakan anjing terlatih.

“RCMP menyiasat punca amaran itu dan pihak yang bertanggungjawab,” menurut RCMP menerusi Twitter.