Pesawat EgyptAir terima ancaman bom

Pesawat EgyptAir terima ancaman bom

KAHERAH, 8 Jun – Sebuah pesawat EgyptAir dari Kaherah ke Beijing membuat pendaratan kecemasan di Uzbekistan hari ini selepas mendapat ancaman bom palsu, kata syarikat penerbangan itu.

Pihak Berkuasa Uzbekistan memeriksa Airbus A330 itu dan mendapati tiada bahan letupan di atas kapal, Pengerusi EgyptAir, Safwat Musallam ketika memberitahu AFP.

“Pihak berkuasa memeriksa semula pesawat itu sebelum berlepas dan mendapati tiada ancaman yang mencurigakan,” katanya.

Musallam berkata panggilan tanpa nama telah menerima amaran terdapat bom di dalam pesawat MS955 selepas berlepas dari Kaherah, dan ia mendarat di lapangan terbang yang terdekat.

Pihak berkuasa Uzbekistan mengesahkan pesawat itu membuat pendaratan kecemasan di lapangan terbang di Urgench di barat negara ini.

Sebuah pesawat EgyptAir dalam perjalanan dari Kaherah menuju ke Beijing menerima ancaman bom dan terpaksa mendarat di lapangan terbang berhampiran. – Agensi
Sebuah pesawat EgyptAir dalam perjalanan dari Kaherah menuju ke Beijing menerima ancaman bom dan terpaksa mendarat di lapangan terbang berhampiran. – Agensi

Penerbangan itu meninggalkan Kaherah lima minit sebelum tengah malam semalam, dan pesawat itu dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 3.34 petang hari ini, menurut laman web EgyptAir itu.

Ia adalah yang terbaru dalam siri insiden melibatkan lapangan terbang Mesir.

Sebuah pesawat EgyptAir terhempas di Mediterranean dengan 66 orang di atas kapal pada 19 Mei ketika dalam penerbangan dari Paris ke Kaherah.

Pada bulan Oktober lalu, pesawat Rusia dengan membawa penumpang seramai 224 orang di atas kapal telah dijatuhkan oleh bom di atas Semenanjung Sinai, Mesir setelah berlepas dari Sharm el-Sheikh, dan serangan didakwa dilakukan oleh kumpulan Negara Islam. – AFP