Pesawat El Al mendarat selamat selepas ancaman bom

Pesawat El Al mendarat selamat selepas ancaman bom

TEL AVIV, Israel, 5 Julai – Sebuah penerbangan El Al dari New York yang diiringi hari ini oleh jet tentera di Eropah berikutan ancaman bot telah mendarat dengan selamat di Israel.

Presiden El Al, David Maimon berkata Flight 002 berlepas dari lapangan terbang John F. Kennedy mendarat selepas tengah hari setelah maklumat sulit diterima berkaitan ancaman bom di dalam kapal itu.

Berikutan maklumat tersebut, Perancis dan Switzerland telah mengerahkan jet tentera di ruang udara mereka untuk mengiringi pesawat Boeing 747 terbang menuju ke Israel.

Ancaman itu ternyata tidak berasas namun ia menunjukkan kebimbangan keselamatan luar biasa bagi El Al, pada umumnya dianggap sebagai salah satu penerbangan paling selamat di dunia.

Di lapangan terbang Ben-Gurion, para anggota keluarga yang bimbang menunggu para penumpang di dewan ketibaan. Semua para penumpang berkata mereka tidak menyedari drama tersebut sehinggalah ia mendarat.

Pasukan udara Switzerland berkata dalam satu kenyataan bahawa jet tesebut telah dikerahkan sekitar 8:30 pagi dalam ‘misi panas’ untuk menemani pesawat berkenaan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA