Pesawat Emirates mendarat cemas di Sri Lanka

Pesawat Emirates mendarat cemas di Sri Lanka

COLOMBO, 26 Jun (AFP) – Sebuah pesawat Emirates A380 dengan lebih 500 penumpang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Sri Lanka hari ini disebabkan “kerosakan teknikal,” menurut pegawai penerbangan.

Pesawat udara itu sedang dalam perjalanan ke Dubai dari Sydney apabila ia diubah haluan ke Colombo, di mana ia mendarat dengan selamat pada awal pagi ini.

“Penerbangan Emirates EK413 dari Sydney ke Dubai diubah haluan ke Colombo disebabkan kerosakan teknikal,” kata syarikat penerbangan dalam satu kenyataan yang tidak memberikan butir-butir mengenai ciri-ciri masalah.

Seorang jurucakap lapangan terbang berkata krew bomba dan unit kecemasan telah pun diminta bersiap sedia.

“Kami diberitahu mengenai satu kerosakan teknikal dengan lapangan terbang dan mereka akan membuat pendaratan kecemasan,” kata jurucakap, yang meminta namanya tidak disiarkan.

Pesawat Emirates Airbus A380 di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike di Katunayake pada 26 Jun 2015, selepas membuat pendaratan cemas. – AFP
Pesawat Emirates Airbus A380 di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike di Katunayake pada 26 Jun 2015, selepas membuat pendaratan cemas. – AFP

“Tidak ada sesiapa yang cedera dan satu siasatan sedang dilancarkan.”

Emirates membuat pendaratan pertama A380 di Colombo pada 2012 tetapi lapangan terbang itu masih belum dipertingkatkan untuk mengendali pesawat penumpang terbesar.

Syarikat penerbangan itu berkata penumpang sedang dipindah ke penerbangan Emirates lain.