Pesawat Etihad buat pendaratan cemas

Pesawat Etihad buat pendaratan cemas

ABU DHABI, 29 Sept – Kerosakan enjin memaksa pesawat Boeing 777 milik Etihad melakukan pendaratan cemas sebaik berlepas menuju ke Sydney, kata syarikat itu, kelmarin.

Menurut jurucakap syarikat, penerbangan EY450 terpaksa berpatah balik ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal pagi semalam susulan kegagalan satu daripada enjinnya. – AFP