Pesawat gergasi tinggalkan Australia

Pesawat gergasi tinggalkan Australia

MELBOURNE, 17 Mei (Xinhua) – Kapal terbang terbesar dunia, Antonov An-225 Mriya berlepas meninggalkan Australia hari ini dengan juruterbang-juruterbang berterima kasih kepada penduduk Perth di atas layanan mesra mereka dan respons orang ramai kepada pesawat udara besar itu.

Kapal terbang buatan Ukrain itu berlepas dari lapangan terbang Perth agak lambat dari yang dijadualkan iaitu pada pukul 6 pagi waktu tempatan, dan ratusan para penggemar penerbangan hadir untuk mengucapkan selamat tinggal.

Kapal terbang kargo besar itu, yang mempunyai berat hingga 600 tan, telah menarik perhatian hampir 20,000 orang yang melihat apabila ia mendarat di bandar Barat Australia Ahad lalu. Dalam lawatan yang merentangi tiga benua, Antonov telah menyelesaikan penghantaran generator seberat 117 tan kepada pelanggan sumber perlombongan WA selepas berlepas meninggalkan Republik Czech lewat minggu lalu.

Ia berada di Perth selama dua hari, dan kini akan menuju Itali dengan membawa bersama rotor seberat 26 tan. Dan pagi hari kurang dapat dilihat dari ketika ia mendarat dengan kapal terbang itu berlepas sebelum matahari terbit. Bagaimanapun seorang yang melihatnya berkata ia tidak kurangnya mengagumkan.

Kapal terbang Antonov An-225 Mriya ketika berlepas meninggalkan Australia. – AFP
Kapal terbang Antonov An-225 Mriya ketika berlepas meninggalkan Australia. – AFP

“Juruterbang-juruterbang dalam mesej terakhir mereka kepada Kawalan Lalu lintas Udara Perth sebelum diserahkan kepada Kawalan Lalu lintas Udara Melbourne, mengatakan mereka mahu berterima kasih kepada Perth atas layanan baik dan kebaikan mereka.”

Para penduduk Perth diberi amaran bahawa Antonov boleh menimbulkan masalah lalu lintas di jalan raya utama yang serupa dengan masalah yang telah dilihat pada Ahad lalu sebelum ketibaannya.

Para pengguna dan penumpang udara diberitahu supaya memberikan masa tambahan untuk membuat perjalanan pergi dan balik dari lapangan terbang disebabkan kemungkinan penangguhan.

Pada masa Ahad lalu, kapal terbang enam enjin itu memunggah generator itu kargo paling berat pernah dibawa dalam perjalanan seumpama itu, dengan menggunakan teknik khas yang dikenali sebagai ‘elephant kneel’. Kira-kira 55 orang membantu memunggah dari kapal terbang dengan menggunakan kaedah ini, yang melibatkan mengangkat kokpit dan kemudian menggunakan siri-siri tanjakan dan kren untuk mengalihkan kargo.

ARTIKEL YANG SAMA