Pesawat Hawaiian Airlines mendarat cemas

Pesawat Hawaiian Airlines mendarat cemas

TOKYO, 18 Julai – Sebuah kapal terbang Hawaiian Airlines membuat pendaratan kecemasan di Tokyo pada awal hari ini, memecah tayarnya dan memaksa penutupan salah satu landasan kapal terbang dan pembatalan beberapa penerbangan lain, walaupun tidak ada sesiapa yang cedera, lapor media tempatan.

Penerbangan HA 458, yang berlepas dari lapangan terbang Haneda di Tokyo pada tengah malam ke Honolulu, kembali ke Jepun selepas isyarat kokpit menyala menandakan satu keabnormalan dengan sistem hidrauliknya, menurut media tempatan, termasuk penyiar nasional NHK.

Airbus 330 membuat pendaratan kecemasan di salah satu landasan kapal terbang di Haneda pada kira-kira 1:30 pagi, kata NHK.

Tidak ada seorang daripada 298 penumpang dan anggota krew yang mengalami kecederaan, kata akhbar Asahi Shimbun.

Sebuah jet Hawaiian Airlines kelihatan di tarmak selepas membuat pendaratan cemas di lapangan terbang Haneda, di Tokyo. Satu landasan ditutup di lapangan terbang itu selepas jet itu pancit tayarnya semasa membuat pendaratan cemas. – AP

Lapan daripada 10 tayar jet pecah ketika ia mendarat, dengan sedikit minyak terbocor di landasan, kata akhbar.

Pegawai menjangka landasan kapal terbang ditutup sehingga lewat pagi, mendorong pembatalan sekurang-kurangnya 14 penerbangan Japan Airline domestik dan menyebabkan penangguhan kepada penerbangan lain, kata NHK.

Pegawai daripada kementerian pengangkutan dan Hawaiian Airlines tidak dapat dihubungi untuk memberi komen. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA