Pesawat Hercules C-130 bawa pulang mangsa nahas di Chiang Mai

Pesawat Hercules C-130 bawa pulang mangsa nahas di Chiang Mai

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) (Bernama) – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menggunakan pesawat Hercules C-130 bagi membantu urusan membawa pulang mangsa yang cedera dan terkorban dalam nahas bas di Chiang Mai, Thailand.

Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pesawat itu dijangka berlepas ke sana dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pukul 5 petang ini.

Pihak Thailand juga akan menghulurkan bantuan bilateral dengan menghantar pesawat sama dari Angkatan Tentera Diraja Thailand. Penerbangan Hercules C-130 ke sana dijangka mengambil masa tiga jam,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penutupan kursus dan penyampaian Diploma Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Siri ke-35 kepada 40 peserta di sini, Selasa.

Sementara itu, di BATU PAHAT, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata jenazah 13 mangsa nahas itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor petang esok.

ARTIKEL YANG SAMA