Pesawat Indonesia dibenar terbang ke AS

Pesawat Indonesia dibenar terbang ke AS

JAKARTA, 15 Ogos – Syarikat penerbangan Indonesia telah dibenarkan untuk terbang ke Amerika Syarikat (AS) selepas pengawal atur di sana membatalkan tegahan hampir berdekad lamanya yang dikenakan atas sebab keselamatan, menurut pegawai hari ini.

Pegawai pengangkutan AS berkata dalam sepucuk surat, sektor penerbangan Indonesia telah memenuhi standard antarabangsa dan rating keselamatan yang sewajarnya telah ditingkatkan.

“Hari ini semua pesawat penerbangan Indonesia boleh terbang ke Amerika Syarikat,” kata ketua pengarah syarikat penerbangan awam, Suprasetyo memberitahu para wartawan.

“Ia akan memberi impak positif ke atas sektor penerbangan kami dan kepercayaan awam.”

Pengangkutan penerbangan Indonesia ditegah daripada terbang ke AS pada 2007 selepas Pentadbiran Penerbangan Persekutuan mengurangkan kepentingan rating keselamatan mereka.

Gambar fail yang diambil pada 28 September 2015 menunjukkan dua pesawat penerbangan Garuda Indonesia di lapangan terbang Sukarno-Hatta di Tangerang, pinggir Jakarta. Pesawat penerbangan Indonesia telah dibenarkan untuk terbang ke AS selepas pengawal atur membatalkan tegahan. – AFP
Gambar fail yang diambil pada 28 September 2015 menunjukkan dua pesawat penerbangan Garuda Indonesia di lapangan terbang Sukarno-Hatta di Tangerang, pinggir Jakarta. Pesawat penerbangan Indonesia telah dibenarkan untuk terbang ke AS selepas pengawal atur membatalkan tegahan. – AFP

Kesatuan Eropah juga mengenakan penyekatan pada tahun yang sama walaupun ia telah dibatalkan sejak itu. Beberapa syarikat penerbangan termasuk Garuda dan AirAsia Malaysia cawangan Indonesia, kini terbang ke Eropah.

Sekatan itu disusuli dengan siri kemalangan termasuk nahas pesawat Garuda milik kerajaan.

Pesawat terhempas terus berlanjutan sejak 2007, termasuk kehilangan nyawa 162 orang di dalam pesawat penerbangan AirAsia pada lewat 2014.

Namun dalam sepucuk surat kepada kementerian pengangkutan, FAA berkata usaha Indonesia untuk meningkatkan sistem perisian komputernya telah mendorong ‘penemuan positif’ semasa penilaian keselamatan awal tahun ini.

Suprasetyo berkata beberapa syarikat penerbangan Indonesia telah menyatakan minat untuk terbang ke AS, namun Garuda sudah pun memiliki pesawat yang mencukupi dan kru yang sedia untuk berkhidmat.

Syarikat penerbangan itu dijangka akan memulakan penerbangan langsungnya ke AS tahun depan, melebarkan rangkaian perjalanan jauh antarabangsanya yang termasuk destinasi seperti London dan Amsterdam.

Garuda pada April telah menempah 14 pesawat Airbus generasi baru pada harga AS$4 bilion. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA