Pesawat Iron Maiden rosak dalam pelanggaran

Pesawat Iron Maiden rosak dalam pelanggaran

SANTIAGO, 13 Mac (dpa) – Pesawat penerbangan ‘Ed Force One’ yang digunakan oleh kumpulan rock dari Britain, Iron Maiden, rosak dalam satu kemalangan semalam di lapangan terbang di Chile, kata kumpulan itu.

Boeing 747 ditunda untuk mengisi bahan api di Lapangan Terbang Antarabangsa Arturo Merino Beintez, Santiago tetapi pin yang menghubungkan trak penunda terhadap pesawat itu terjatuh dan pesawat itu bertembung dengan penunda darat ketika membuat pusingan.

“Jurutera-jurutera penerbangan berada di tapak itu dan menilai kerosakan, tetapi laporan awal mereka adalah enjin pesawat itu mengalami kerosakan besar dan memerlukan tempoh penyelenggaraan dan kemungkinan mengganti dengan dua enjin baru,” kata kenyataan laman sesawang kumpulan itu.

Dua pengendali penunda cedera dalam kemalangan itu. Pesawat itu dinamakan dengan nama maskot Iron Maiden, Eddie.

Kemalangan itu tidak akan menjejaskan persembahan seterusnya kumpulan itu di Crodoba dan Bueonos Aires di Argentina, kata laman sesawang itu.