Pesawat Jepun kumpul material radioaktif di udara

Pesawat Jepun kumpul material radioaktif di udara

TOKYO, 6 Jan (AFP) – Kementerian pertahanan Jepun hari ini mengerahkan tiga pesawat latihan T4 untuk mengumpul kemungkinan terdapatnya material radioaktif di udara berikutan dakwaan Korea Utara mengenai ujian bom hidrogen, menurut para pegawai.

“Untuk memahami impak kemungkinan adanya material radioaktif yang muncul semasa ujian itu, pesawat Pasukan Pertahanan Udara telah mengumpulkan habuk di udara,” kata jurucakap tertinggi kerajaan, Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga memberitahu sidang media.

“Pada masa ini ia telah dihantar ke Pusat Analisis Kimia Jepun,” ujarnya.

Tambah Suga lagi, pesawat itu terbang di ruang udara Jepun, sementara akhbar harian Sankei Shimbun melaporkan pesawat udara itu berlepas dari tiga pangkalan berasingan di beberapa bahagian negara itu.

Setiausaha kabinet juga mengatakan paras radiasi luar biasa sejauh ini telah dikesan menerusi pos pemantauan yang dipasang di seluruh Jepun pada 4:45 petang hari ini (0745 GMT).

Hasil keputusan daripada partikel udara yang dikutip oleh pesawat-pesawat berkenaan dijangka akan disiarkan esok (Khamis), menurut pegawai dari Penguatkuasaan Peraturan Nuklear Jepun kepada para wartawan.

ARTIKEL YANG SAMA