Pesawat Jetstar mendarat cemas

Pesawat Jetstar mendarat cemas

SYDNEY, 23 Sept – Seorang juruterbang Jetstar menutup enjin dan mengubah haluan ke Brisbane apabila asap memenuhi kabin dalam penerbangan penumpang dari Sydney ke Cairns dalam satu kejadian yang dikatakan oleh penumpang sebagai “menakutkan.”

Airbus A320 sedang dalam perjalanan ke utara bandar Queensland pada petang semalam apabila juruterbang mengambil tindakan untuk menghadapi dan mengatasi apa yang dikatakan oleh syarikat penerbangan sebagai “satu isu teknikal dengan salah satu enjinnya.”

“Kapten memutuskan untuk menutup salah satu enjin sebagai langkah berjaga-jaga dan mengubah haluan pesawat udara ke Brisbane,” kata jurucakap untuk syarikat penerbangan tambang murah Australia. “Jurutera sedang menyiasat punca kejadian itu.

“Sementara adalah luar biasa untuk sesuatu seperti ini berlaku, krew kami adalah dilatih untuk menghadapi dan mengatasi situasi seperti ini dan mereka mengendali situasi dengan amat profesional.”

Video yang diambil dalam kapal terbang, dirakam oleh seorang penumpang dan disiarkan oleh ABC, menunjukkan asap dalam kabin.

Pesawat syarikat penerbangan tambang murah Australia Jetstar Airways. Sekitar 100 penumpang jet serantau Qantas di Australia telah dipindahkan melalui slaid kecemasan pesawat ketika mendarat hari ini selepas anak-anak kapal melihat asap di dalam kabin, kata pegawai. – AFP
Pesawat syarikat penerbangan tambang murah Australia Jetstar Airways. Sekitar 100 penumpang jet serantau Qantas di Australia telah dipindahkan melalui slaid kecemasan pesawat ketika mendarat hari ini selepas anak-anak kapal melihat asap di dalam kabin, kata pegawai. – AFP

“Saat-saat yang paling menakutkan dalam hidup saya,” tulis penumpang Aundra Thompson di Facebook.

“Saya berada dalam penerbangan yang terbakar dan kabin dipenuhi dengan asap.”

Seorang lagi penumpang Wendy Perkins memberitahu Australian Broadcasting Corporation beliau terdengar letupan kuat, dan asap memenuhi kabin kira-kira satu jam dalam apa yang sepatutnya penerbangan tiga jam.

“Dalam beberapa saat, asap menyusup di bawah kerusi di bawah kaki saya dan naik ke muka saya dan lelaki yang duduk di sebelah saya,” katanya. “Kami berdua berkata ia berbau busuk, amat busuk dan seterusnya kami kehilangan tekanan dalam kapal terbang.”

Jetstar, yang dimiliki oleh Qantas, mempertikai dakwaan ini, mendakwa asap hanya muncul selepas kapal terbang mendarat dengan selamat di Brisbane.

“Asap yang dilihat dalam video berlaku apabila pesawat udara telah mendarat dengan selamat di Brisbane dan sejurus sebelum penumpang turun,” katanya. “Asap mungkin telah memasuki kabin menerusi unit penyaman udara, yang berfungsi menerusi udara daripada enjin.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA