Pesawat Jetstar terpaksa dilencongkan

Pesawat Jetstar terpaksa dilencongkan

SYDNEY, 21 Julai – Penerbangan Jetstar yang dalam perjalanan ke Phuket, Thailand terpaksa melencong ke Indonesia awal pagi ini selepas enam warga Australia terlibat dalam pergaduhan dalam kapal.

Saksi-saksi dalam kapal yang dalam perjalanan dari Sydney ke Phuket itu memberitahu media setempat hari ini pergaduhan itu telah menjadi perkelahian berdarah, memaksa juruterbang melencong ke lapangan terbang Ngurah Rai Bali untuk melindungi penumpang yang lain.

Penumpang-penumpang lain menggambarkan insiden itu sebagai “menakutkan,” dengan kanak-kanak juga dalam kalangan saksi. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA