Pesawat kecil terhempas bunuh 3

Pesawat kecil terhempas bunuh 3

BANGKOK, 2 Jun – Sebuah pesawat ringan yang digunakan untuk latihan terhempas di Thailand hari ini dan membunuh kesemua tiga orang di dalamnya, menurut para pegawai tempatan.

Pesawat Diamond DA42 Twin Star terhempas beberapa minit selepas berlepas dalam latihan penerbangan rutin di wilayah Nakhon Phanom, 730km timur laut Bangkok.

Juruterbang memberi isyarat kepada menara kawalan sejurus selepas berlepas mengatakan pesawat itu mengalami masalah enjin dan ia terhempas beberapa minit kemudian, menurut polis Kolonel Manop Moonying. – dpa