Pesawat komersial buatan pertama China dilancar

Pesawat komersial buatan pertama China dilancar

BEIJING, 28 Jun (AFP) – Jet serantau tempatan China telah menghasilkan pesawat penerbangan komersial pertamanya hari ini, menurut operator Chengdu Airlines, selepas bertahun-tahun tertangguh dan membangkitkan persoalan tentang rancangan negara itu bagi pesawat yang dihasilkan domestik.

Chengdu Airlines menerbangkan ARJ21 dari pangkalan eponimnya, bandar wilayah barat daya Sichuan, ke hab komersial Shanghai dengan membawa 70 penumpang.

Lebih daripada separuh adalah para pelanggan yang menyedari mereka sedang terbang dalam sebuah pesawat baru itu, jurucakap penerbangan memberitahu AFP.

ARJ21 – yang bermaksud Jet Serantau Canggih bagi Abad ke-21 – akan membawa para penumpang dari Chengdu ke Shanghai tiga kali seminggu, tambahnya.

Orang ramai mengibarkan bendera semasa jet domestik pertama China, ARJ21-700 tiba di Lapangan Terbang Hongqiao Shanghai selepas membuat penerbangan pertamanya dari Chengdu ke Shanghai pada 28 Jun. – AFP
Orang ramai mengibarkan bendera semasa jet domestik pertama China, ARJ21-700 tiba di Lapangan Terbang Hongqiao Shanghai selepas membuat penerbangan pertamanya dari Chengdu ke Shanghai pada 28 Jun. – AFP

Perasmian pesawat penerbangan itu adalah kemuncak bagi program 14 tahun untuk menjadikan China sebagai sebuah pengilang pesawat udara komersial yang mampu bersaing dengan pesaing asing yang dominan seperti Boeing dan Airbus.

Namun pesawat udara itu masih kekurangan sijil penting Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) yang akan membolehkannya untuk terbang di ruang udara AS, kebanyakan pengilang belum lagi melihat pesawat COMAC itu sebagai ancaman kompetitif.

Walaupun demikian, pasaran pesawat udara komersial China sudah pun menjadi yang terbesar di Asia dan memain-kan penting dalam rancangan aeroangkasa beberapa dekad akan datang.