Pesawat Korea Utara terpaksa dilencongkan

Pesawat Korea Utara terpaksa dilencongkan

BEIJING, 22 Julai – Satu kebakaran memaksa sebuah kapalterbang daripada syarikat penerbangan Korea Utara Air Koryo mendarat di bandar timur laut China Shenyang pada hari ini, lapor agensi berita China Xinhua.

Penerbangan yang dijadual dari ibu negara Korea Utara ke Beijing dipaksa mengubah haluan dan mendarat di Shenyang “disebabkan kapal terbang terbakar,” kata Xinhua, memetik seorang penumpang.

Kabin dipenuhi asap kira-kira 30 minit selepas kapal terbang berlepas dari Pyongyang dan penumpang dipaksa menggunakan topeng oksigen, ia memetik penumpang sebagai berkata.

Pihak berkuasa lapangan terbang berkata kapal terbang telah membuat pendaratan selamat dan tidak ada sesiapa dalam kapal terbang yang mengalami kecederaan,” kata Xinhua.

Walaupun Air Koryo sering menduduki tempat paling bawah dalam sistem pengadaran bintang Skytrax untuk penerbangan komersial, ia mempunyai rekod keselamatan yang baik dengan hanya satu kemalangan yang membawa maut dalam lebih 30 tahun.

Bagaimanapun, pengkritik berkata rekod tersebut diperoleh berdasarkan perkhidmatan yang amat terhad yang buat masa sekarang terdiri daripada penerbangan tetap ke tiga destinasi di China, dan Vladivostok di Rusia.

Perkhidmatan Pyongyang-Beijing menggunakan kapal terbang Rusia Tupolev Tu-204 – kapal terbang jet jarak sederhana yang membawa kira-kira 140 penumpang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA